Friday 26 October 2018

Reflection week 5- Kurikulum

Salam pendidikan

ORAITTTT....hari ini kami mengamalkan kelas secara online bersama pensyarah kami.. Saya ingatkan kelas boleh habis awal kalau menggunakan online, rupanya 3 jam jugak nak siap tak cukup masa.

So hari ini, kami di dedahkan dengan video secara terperinci tentang ADDIE (Bukan ADI). Kebanyakan video yang digunakan adalah menggunakan teori Dick & Carey. Minggu ni kami ditekankan tentang A (Analysis phase) nak lebih lanjut boleh lihat video ini:

Analysis Phase

Dalam video ini ia menyatakan empat cara urutan membuat analysis
1. Instructional goal- matlamat kita yang spesifik dan tepat dan tidak secara umum
2. Instructional analysis- mempunyai langkah yang tepat dan difahami oleh pelajar
3. Learner analysis- Pemerhatian dan kewujudan ilmu asas dalam pelajar sebelum memulakan pengajaran agar pelajar berasa tidak bosan
4. Learning Objectives- Apabila matlamat yang dinyatakan telah dicapai oleh pelajar pada penghujung pengajaran.

Maka kami telah disuruh membuat satu kerja secara individu. Kerja ini yang menyebabkan kami berada di kelas lebih masa dari dijangkakan. Ini adalah soalan dan hasil kerja yang dilakukan mengikut kefahaman sendiri tentang analysis Phase.:

1.  
  Write down the things you need to consider when preparing a lesson to teach how to cook rice for a class of preschool students (5 years old). Write your goal analisis, and your instructional analysis on what you need to teach.

Goal analisis
Kanak- kanak pra sekolah mampu untuk mengenali beras, memilih beras yang baik, membasuh beras dan memasak nasi untuk hidangan seorang menggunakan periuk nasi elektrik.

Instructional analisis
1.       Pengenalan kepada beras, periuk nasi dan cara pemilihan beras
Pelajar akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis beras yang terdapat di pasaran.
Pelajar juga didedahkan dengan struktur periuk nasi. Suis untuk menghidupkan periuk nasi dan cara membuka dan menutup periuk nasi
Pelajar akan di ajar cara memilih beras yang baik iaitu yang tidak tergumpal, dan tidak rosak akibat serangan serangga

2.       Menyukat dan membasuh beras
Pelajar diajar cara pengambilan beras dengan menggunakan cawan. Sukatan cawan beras hendaklah sekata dengan permukaan cawan. Ambil secawan beras dan dituangkan beras ke dalam bekas periuk nasi.
Pelajar akan diajar membasuh beras sebanyak 3 kali dengan menggunakan air paip. Cara basuhan yang betul dan memastikan tiada sisa hampas padi di dalam beras. Semasa membasuh beras, pastikan beras di bilas sebanyak 3 pusingan dan dibuang air. Cara membuang air adalah dengan menapis beras yang dibasuh. Pelajar juga dapat mengulangi prosedur tersebut sebanyak tiga kali

3.       Menyukat air
Pelajar akan di ajar menyukat air menggunakan cawan. Secawan beras adalah bersamaan dengan 2 cawan air untuk memasak nasi. Cawan yang digunakan adalah cawan yang sama

4.       Menutup periuk dan menghidupkan periuk nasi
Pelajar akan diajar menutup periuk nasi dengan betul. Pastikan periuk ditutup sepenuhnya. Pelajar juga didedahkan dengan suis 'cook' dan 'keep warm' untuk memastikan nasi dimasak. Pastikan suis menunjuk arah cook.

5.       Memastikan nasi masak
Pelajar akan dijelaskan tentang keadaan periuk nasi apabila telah masak dengan menyatakan suis menunjukkan 'keep warm'. Pelajar juga didedahkan dengan keadaan nasi yang telah masak sepenuhnya iaitu tidak lembap dan telah lembut. Pelajar juga didedahkan dengan merasa nasi tersebug menggunakan garpu.



 Next, imagine you have to teach a class of adult students, say a group of students from Denmark, who have no experience in cooking rice, nor do they have a rice cooker. What needs to change in your instructional analysis

Dalam pengajaran dengan pelajar dewasa, saya akan bertanya secara lisan untuk menganalisis pengetahuan mereka tentang keadaan beras yang baik. Sekiranya mereka tahu dengan baik, maka saya akan pergi ke langkah seterusnya iaitu membasuh dan menyukat beras serta air untuk memasak beras seperti biasa.
 Namun periuk yang digunakan adalah periuk nasi  untuk dimasak di dapur gas yang berbeza dengan periuk nasi elektrik.

Seterusnya, untuk memastikan nasi tidak hangit, apabila nasi telah menggelegak pastikan api dapur di kecilkan. Untuk seterusnya, biarkan nasi dimasak selama 10 minit dan pastikan sentiasa di perhatikan. Apabila nasi telah hampir kering, pastikan nasi telah masak dengan memastikan nasi tidak keras apabila dimakan. 




HAAAAAAA>>>>>>>>>
AMACAM.....soalan tentang membuat nasi...tetapi buat kurikulum dan dokumentasi untuk dua jurang umur berbeza itu yang menjadi kesukaran . belum lagi part learning objective guys...inilah kurikulum...supaya kita ada tujuan dan satu penerangan yang jelas agar mudah untuk mengajar dan pelajar belajar...

Selamat mencuba...

Image result for teacher meme



No comments:

Post a Comment