Tuesday 23 October 2018

Reflection week 4 (ADDIE, ISD, ID)

Salam Pendidikan

adakah anda mengenali ADDIE, ISD dan ID.??? 

oh semestinya bukanlah nama singkatan manusia. namun ketiga tiga singkatan diatas adalah satu proses perkembangan untuk pendidikan dan latihan dalam teknik pengajaran untuk menghasilkan kurikulum yang sesuai. Teknik teknik tersebut adalah teknik khas untuk pelajar yang telah mempunyai asas dalam sesuatu subjek agar pengajaran kita menjadi lebih bermakna dan berkesesuaian untuk pelajar.

ADDIE adalah singkatan untuk

Image result for ADDIE
Sumber: Google


Video tentang ADDIE boleh dilihat disini:
https://www.youtube.com/watch?v=qnCNBEfKk2I

ISD dan ID adalah hasil pengolahan dari konsep ADDIE. berikut adalah contoh ISD yang menggunakan  teori Dick & Carey (1978). teori ini sangat terkenal dalam sekolah di luar negara:


Image result for ISD DIck and Carey
Sumber: Google

ISD lebih tertumpu kepada latihan yang formal dalam pendidikan. Malah pelajar akan diberi penilaian awal untuk mengenal pasti jurang pengetahuan pelajar dengan konteks pembelajaran. Maka sistem ISD akan mengolah semula isi kandungan yang bersesuaian untuk pelatih agar mencapai objektif terakhir dalam pengajaran. Malah penilaian akhir juga akan dijalankan untuk mengenalpasti kaedah tersebut bersesuain mahupun tidak untuk latihan yang diberikan.

Manakala ID pula menekankan tentang kaedah yang bersesuaian untuk pelajar. Teori Gagne amat mudah untuk difahami untuk ID sistem:

Image result for Gagne 9 step theory
Sumber: Google

Saya amat tertarik dengan teori Gagne, kerana kaedah Gagne sesuai dengan keperluan Inkuiri dalam pelajar terutama dalam SAINS dan MATEMATIK. 9 langkah teori Gagne ini akan memberi pengetahuan yang berguna dan akan diguna pakai oleh pelajar untuk menyelesaikan maslaah yang berkaitan dengan pembelajaran.

Apakah perbezaan ID dan ISD..anda boleh rujuk laman ini:

https://www.elearningchatter.com/question/what-is-the-difference-between-an-id-and-an-isd/


Dalam minggu ini juga kami didedahkan cara yang bersesuaian untuk menulis objektif dalam pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah untuk menghasilkan objektif yang jelas seperti SMART (SPecific, Measureable, Audience, Relevance, Timely) ataupun kaedah ABCD (bukan Ais batu campur durian yer). berikut adalah ABCD yang saya maksudkan:


Image result for objective and ABCD

mengapa kita perlu menulis oobjektif???

Adalah sangat penting untuk objektif dalam pengajaran agar kita mempunyai tujuan dan dapat menilai samada pengajaran kita telah difahami dengan baik oleh pelajar.. sebagai guru, objektif adalah bahan yang sangat penting sebelum memulakan sesuatu topik.

SEKIAN HARI INI..........


No comments:

Post a Comment