Berdasarkan pembacaan
saya dalam kurikulum Negara Kanada (K-12) (RUJUKAN; The Guiding Framework is available online at https://education.alberta.ca/curriculum-development/), kanada mengamalkan kurikulum yang
berdasarkan beberapa definisi.
Yang pertama
ialah menggunakan definisi “Curiculum is a permanent subject that
embody essential knowledge”.
Kurikulum ini jelas
digunakan di Kanada seawal permulaan tahap pendidikan. Dalam muka surat 6, paragraf
4 menyatakan
“Throughout
schooling, curriculum needs to engage students in rich learning experiences
while developing a solid base of literacy
and numeracy and social skills”.
Kurikulum berdasarkan subjek
pembacaan dan pengiraan adalah asas kurikulum di sekolah untuk mendapatkan
pengalaman yang lebih bermakna kepada pelajar mereka. Malah asas subjek ini
digunakan sehingga tahap 12 seperti yang dinyatakan pada muka surat 16 paragraf
2,
“Literacy and numeracy progressions describe key literacy and numeracy
milestones along a continuum of developmentally appropriate expectations and
behaviours across all subjects from K–12.”
Ayat ini jelas menunjukkan kepentingan
pembacaan dan pengiraan untuk pembelajaran jangka masa yang panjang.
Kebanyakkan tahap pembelajaran di
kanada menggunakan definisi “Curriculum is
the totality of learning experiences so that students can attain general skills
and knowledge at a variety of learning sites.”
Ayat ini menyatakan Kurikulum adalah hasil
pengalaman untuk memberi kemahiran dan ilmu dalam pelbagai bidang. Pelajar di
Kanada telah didedahkan dengan pengalaman kemahiran untuk menentukan kekuatan
diri mereka dalam bidang tertentu. Malah mereka juga akan sentiasa
membincangkan kerjaya masa depan meraka seawal tahap 5 untuk menetukan hala
tuju kerjaya masa depan.
“Learners build upon their skills and knowledge while assessing and enhancing their
competencies, and identifying their strengths,
talents and interests for further study and careers. Students in the middle
years also seek social, academic and intellectual engagement”(mukasurat 7, paragraf 1.).
Selain dari itu, malah pelajar di Kanada
di dedahkan dan mempelajari dengan pelbagai budaya yang terdapat di Kanada
untuk menghormati etnik dan perkauman di Kanada. Ia dinyatakan pada mukasurat 10,
paragraph 4;
“Every student in the province, not only First Nations, Métis
and Inuit students, will learn about the diverse Indigenous peoples of this
land and how First Nations, Métis and Inuit contribute to the vibrancy and
fabric of Alberta and Canadian society.”
Kurikulum ini sejajar dengan
kepentingan Negara Kanada untuk menjadikan Negara mereka harmoni dan bersepadu.
Maka, selari dengan definisi kurikulum ke 2 iaitu, “Curriculum is those subjects that are most useful for contemporary
living”. Dimana ianya berpusat kepada etnik dan budaya pelajar itu sendiri.
Di Malaysia, Malaysia
mencuba untuk mengubah pendidikan dari ‘permanent subject’ & “all planned
curriculum” kearah pendidikan yang berteraskan kepentingan kehidupan dengan
mempelbagaikan pendidikan yang menjerumus ke industri. Dengan kehadiran TVET,
vokasional, teknikal, mara yang pesat, menjadikan pendidikan Negara Malaysia menyediakan
pelajar untuk mendapatkan kemahiran yang tertentu mengikut minat individu untuk
masa hadapan.
Walaubagaimanapun, masih kurang pendidikan
tentang perkauman di Malaysia, walaupun Malaysia mempunyai kaum yang banyak.
Sekurang- kurangnya terdapat ilmu tentang perkenalan kepelbagaian kaum di
Malaysia (SABAH, Sarawak, Tanah Melayu) untuk melahirkan rasa harmoni dan menghormati
antara kaum. Malah, ilmu sahsiah dan etika hendaklah di amalkan dan diterapkan
kepada pelajar sejak dari tadika hingga mencecah umur 15 tahun.
Bagaimana dengan
pendapat yang lain.?..adakah anda mempunyai percanggahan..sila komen..
Terima Kasih.
Wahh bagus explaination 👍
ReplyDelete