Saturday 6 October 2018

Persediaan SPM

Salam Pendidikan semua,

SPM akan menjelma,
adakah pelajar pelajar semua bersedia?

Terdapat banyak kaedah belajar yang berkesan. Sekiranya kawan anda boleh belajar dengan bunyi yang bising, anda janganlah meniru kawan anda. Mungkin anda merupakan pelajar yang memerlukan suasana sunyi untuk belajar.

Sekiranya kawan anda belajar seawal jam 4 pagi, janganlah anda menirunya belajar seawal 4 pagi juga, namun buku terbuka, mata anda tertutup, minda pun tertidur. Ingat setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza.

Cara pembelajaran saya adalah samada dalam keadaan sunyi dan djuga semasa mendengar muzik. Malah saya lebih fokus dan cepat menangkap ilmu yang dipelajari apabila mendengar muzik berbentuk ROCK untuk belajar. Namun apabila menjawab soalan berbentuk analitikal dan kritikal, saya memerlukan suasana yang sunyi untuk mudah fikiran saya fokus terhadap masalah diberikan. Adakah anda seperti saya??????

Saya mempunyai kawan yang belajar seawal jam 3 pagi, 4 pagi dan lebih awal dari subuh. Namun masa tersebut, otak saya lebih bersedia untuk tidur berbanding belajar. Maka pembelajaran saya selalu bermula selepas isyak sehingga jam 12 tengah malam. Anda tidak bertanya.....saya tahu.  hahaha

Otak dewasa hendaklah tidur selama 6-8 jam sehari. Maka saya kerap tidur berbanding belajar...belajar itu kemudian..kalau anda mengantuk, tidur....kalau anda lapar, makan...kalau tiada makanan, pergilah bilik kawan anda...untuk cari makanan free

yang penting adalah kualiti pembelajaran anda, bukan nya kuantiti masa anda belajar.

Semasa minggu Ujian, adalah digalakkan pelajar tidak mempelajari benda yang baru. Dan tidak dibenarkan berbincang tentang apa yang kawan anda belajar di rumah sebelum masuk Dewan....Ingat...Ilmu yang anda baru serap akan menyebabkan Jerebu dalam pemikiran anda apabila menduduki ujian..dan menyukarkan anda untuk memahami soalan..Belajar seminggu awal ..scan nota anda pada hari ujian dan JANGAN BERBINCANG DENGAN RAKAN ANDA

Kepada pelajar diluar sana yang bakal menempuhi ujian SPM, BEST OF LUCK...oh no...bukan Luck...DO Your VEery Best!!!!!!!!!!!!

Image result for examination meme

No comments:

Post a Comment