Saturday 6 October 2018

Refleksi Minggu Ke-3 (Kurikulum)- Tyler Konsep

salam pendidikan,

pada minggu ke 3, kami telah diperkenalkan dengan teori Tyler dalam menghasilkan kurikulum. Kalau nak tahu secara mendalam boleh la merujuk pada buku dibawah ini.

Mengikut Tyler, untuk menghasilkan Kurikulum, hendaklah mempunyai 4 komponen utama iaitu:
a) Matlamat
-merangkumi keperluan individu atau masyarakat.

b) Objektif
- merangkumi kefahaman pelajar samada boleh membezakan atau menilai sesuatu pengajaran.

c) Pengalaman pengajaran
-hendaklah melibatkan pengalaman pelajar semasa pengajaran, mahupun, bagaimana kita mengawal masa, bahan dan alatan bantuan pengajaran

d) Isi kandungan
-mengintegrasikan ilmu dengan ilmu yang lain. mempunyai kriteria sahih dan sangat penting.

dan setelah itu, setiap pengajaran hendaklah mempunyai penilaian tersendiri. Ianya  bergantung kepada seseorang guru untuk melihat prestasi pelajar yang sejajar dengan falsafah negara untuk menghasilkan pelajar yang stabil dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek. 

komponen yang di utarakan oleh tyler sangat berbeza dengan Hilda Taba. Taba menerangkan kurikulum hendaklah ditetapkan oleh komuniti setempat, manakala Tyler menerangkan kurikulum hendaklah dirangcang oleh orang yang berpengalaman.

adakah anda boleh menerima konsep kurikulum Tyler ataupun Taba?.

Penjelasan kedua- dua konsep kurikulum ini boleh di lihat melalui video 

sekiranya anda memilih Tyler, adakah pelajar akan dapat mengikuti objektif yang akan diolah oleh orang yang sangat berpengalaman dlm bidang tersebut.
sekiranya anda memilih konsep Taba, adakah ilmu akan bersesuaian dengan sosial diluar dari daerah mereka?.

Di Malaysia, kita mengamalkan konsep Tyler. Maka lahirlah pelbagai soalan yang berasaskan KBAT/HOTS. Kita mampu menghasilkan pelajar yang Intelektual, namun adakah akan menghasilkan pelajar yg stabil dari J,E,R....?

Fikirkan.....






No comments:

Post a Comment