Saturday 6 October 2018

Reflection week 2 (PQI 180235) -Kurikulm dan Definisi-

Salam Pendidikan semua,

Pada minggu ke dua pembelajaran kurikulum, Dr. Dorothy, telah menjelaskan maksud Kurikulum dari pelbagai definisi. Kami juga telah membentangkan 6 jenis definisi Kurikulum yang berbeza. Kumpulan kami membentangkan tentang Kurikulum sebagai "Pelajaran yang tetap" yang di teorikan oleh Hutchins pada tahun 1936.

Image result for Robert S hutchins curriculum   Image result for 6 definition of curriculum

(Sumber: Google)

Banyak lagi definisi berkenaan kurikulum. Namun, definisi yang menarik bagi saya ialah tentang penggunaan teknologi dalam kurikulum. Terdapat kebaikan dan keburukan penggunaan teknologi di sekolah secara amnya. Maka, pihak bertanggungjawab hendaklah sentiasa memantau penggunanan teknologi pelajar disekolah. Mungkin capaian internet hanya  terhad kepada ilmu pengetahuan dan silibus pembelajaran semasa sahaja.

Setelah pembacaan terhadap 2 e-reading berkenaan kurikulum yang diberi oleh Dr Dorothy ( https://thesecondprinciple.com/instructional-design/types-of-curriculum/ dan http://www.ascd.org/publications/jcs/spring1993/Curriculum-Definitions-and-Reference-Points.aspx ) saya mendapati kurikulum yang dipelajari hendaklah berguna kepada individu mahupun kumpulan sasaran. Kedua- dua pembacaan jurnal ini memberi peringkat Kurikulum yang berbeza. Namun konsep sebenar Kurikulum adalah membentuk manusia yang bermanfaat kepada alam.

Kurikulum sepatutnya menyediakan seseorang kepada dunia luar sebenar dan mengikuti zaman.  Pada masa yang sama, kurikulum hendaklah menitik beratkan etika dan adab susila. Contohnya di Jepun, etika kebersihan telah dititk beratkan dan dimasukkan dalam jadual persekolahan (sila lihat video ini https://www.youtube.com/watch?v=kXnugJEcVE8 ). Bukan sahaja mengamalkan budaya 'Curriculum-in-use' (berasakan buku Teks), malah Jepun mengamalkan 'Covert Curriculum' (membentuk rutin harian).

Adakah anda berasa Malaysia sepatutnya mengikuti Kurikulum seperti di Jepun? Ataupun, Malaysia boleh mengamalkan budaya kebersihan seperti di Jepun disamping mempelajari ilmu asas kemahiran ? Berikan refleksi anda.

Akhir sekali, saya telah menggunakan satu aplikasi di internet untuk menghasilkan satu poster berkenaan Kurikulum (mengikut pendapat saya):



Maksud dalam bahasa Melayu ialah Kurikulum adalah pertanyaan atau keghairahan kepada ilmu. Dimana melalui kurikulum, pelajar akan lebih berusaha untuk memahami ilmu yang dipelajari secara lebih mendalam samada diluar mahupun di dalam sekolah.

Sekian sahaja untuk hari ini....
Berikan pendapat anda tentang Kurikulum.

No comments:

Post a Comment