Salam pendidikan,
Setelah membuat kerja tentang kurikulum analisis memasak nasi minggu lepas, saya mendapati yang analisis yang diperlukan hendaklah lebih teliti.. apa yang saya buat pada minggu lepas lebih kepada perjalanan pengajaran berbanding analisis yang sebenar yang menggunakan ADDIE. Analisis yang dinyatakan lebih kepada penelitian pengajar kepada pelajar, latar belakang, bahan yang bersesuaian, dan persekitaran yang sesuai untuk pelajar. Maka apabila memulakan pengajaran dengan analisis yang betul, tidaklah guru mahupun pelajar akan berasa pening dan kelam kabut.
Kelas yang kelam kabut
Setelah membuat analisis kami telah diberi tugas untuk mereka 'Design' pelan pengajaran kami mengikut subjek yang dimahukan. Penghasilan pelan pengajaran adalah sangat teliti dan lengkap dengan setiap penilaian yang summatif mahupun penilaian yang formatif. Sebagai seorang bakal pengajar, pelan pengajaran yang teliti dan lengkap akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan tiddak membazirkan masa pelajar mahupun guru. Maka, terdapat pelbagai contoh pelan pengajaran yang boleh dijadikan rujukan kepada guru diluar sana.
Dalam menghasilakan pelan pengajaran dan kurikulum yang baik, kita boleh memasukkan pelbagai teori yang baik seperti 9 teori Gagne, Dick & Carey, WIPPEA dan 5E yang dinyatakan sebelum ini. Malah adalah digalakkan memasukkan penilaian yang mengikuti Bloom Taxonomi seperti analisis, penilaian, penciptaan,pemahaman, mengingati dan menggunakan pembelajaran untuk penyelesaian masalah.
bloom taxonomy
WIPPEA teori
5E teori
Maka, ini lah masa kepada pendidik untuk menentukan pelan pengajaran yang sesuai kepada pelajar.
MARI LIHAT VIDEO TENTANG PELAN PENGAJARAN DI PAUTAN INI
PELAN PENGAJARAN (BAGAIMANA???)
No comments:
Post a Comment