ORAITTTT....hari ini kami mengamalkan kelas secara online bersama pensyarah kami.. Saya ingatkan kelas boleh habis awal kalau menggunakan online, rupanya 3 jam jugak nak siap tak cukup masa.
So hari ini, kami di dedahkan dengan video secara terperinci tentang ADDIE (Bukan ADI). Kebanyakan video yang digunakan adalah menggunakan teori Dick & Carey. Minggu ni kami ditekankan tentang A (Analysis phase) nak lebih lanjut boleh lihat video ini:
Analysis Phase
Dalam video ini ia menyatakan empat cara urutan membuat analysis
1. Instructional goal- matlamat kita yang spesifik dan tepat dan tidak secara umum
2. Instructional analysis- mempunyai langkah yang tepat dan difahami oleh pelajar
3. Learner analysis- Pemerhatian dan kewujudan ilmu asas dalam pelajar sebelum memulakan pengajaran agar pelajar berasa tidak bosan
4. Learning Objectives- Apabila matlamat yang dinyatakan telah dicapai oleh pelajar pada penghujung pengajaran.
Maka kami telah disuruh membuat satu kerja secara individu. Kerja ini yang menyebabkan kami berada di kelas lebih masa dari dijangkakan. Ini adalah soalan dan hasil kerja yang dilakukan mengikut kefahaman sendiri tentang analysis Phase.:
1.
Write down the
things you need to consider when preparing a lesson to teach how to cook rice
for a class of preschool students (5 years old). Write your goal analisis, and your instructional analysis on
what you need to teach.
Goal analisis
Kanak- kanak pra sekolah mampu
untuk mengenali beras, memilih beras yang baik, membasuh beras dan memasak nasi
untuk hidangan seorang menggunakan periuk nasi elektrik.
Instructional analisis
1. Pengenalan kepada beras,
periuk nasi dan cara pemilihan beras
Pelajar akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis beras
yang terdapat di pasaran.
Pelajar juga didedahkan dengan struktur periuk nasi.
Suis untuk menghidupkan periuk nasi dan cara membuka dan menutup periuk nasi
Pelajar akan di ajar cara memilih beras yang baik iaitu
yang tidak tergumpal, dan tidak rosak akibat serangan serangga
2. Menyukat dan membasuh
beras
Pelajar diajar cara pengambilan beras dengan menggunakan
cawan. Sukatan cawan beras hendaklah sekata dengan permukaan cawan. Ambil
secawan beras dan dituangkan beras ke dalam bekas periuk nasi.
Pelajar akan diajar membasuh beras sebanyak 3 kali
dengan menggunakan air paip. Cara basuhan yang betul dan memastikan tiada sisa
hampas padi di dalam beras. Semasa membasuh beras, pastikan beras di bilas
sebanyak 3 pusingan dan dibuang air. Cara membuang air adalah dengan menapis beras
yang dibasuh. Pelajar juga dapat mengulangi prosedur tersebut sebanyak tiga
kali
3. Menyukat air
Pelajar akan di ajar menyukat air menggunakan cawan.
Secawan beras adalah bersamaan dengan 2 cawan air untuk memasak nasi. Cawan
yang digunakan adalah cawan yang sama
4. Menutup periuk dan
menghidupkan periuk nasi
Pelajar akan diajar menutup periuk nasi dengan betul. Pastikan
periuk ditutup sepenuhnya. Pelajar juga didedahkan dengan suis 'cook' dan 'keep
warm' untuk memastikan nasi dimasak. Pastikan suis menunjuk arah cook.
5. Memastikan nasi masak
Pelajar akan dijelaskan tentang keadaan periuk nasi
apabila telah masak dengan menyatakan suis menunjukkan 'keep warm'. Pelajar
juga didedahkan dengan keadaan nasi yang telah masak sepenuhnya iaitu tidak
lembap dan telah lembut. Pelajar juga didedahkan dengan merasa nasi tersebug
menggunakan garpu.
Next,
imagine you have to teach a class of adult students, say a group of students
from Denmark, who have no experience in cooking rice, nor do they have a rice
cooker. What needs to change in your instructional analysis.
Dalam pengajaran dengan
pelajar dewasa, saya akan bertanya secara lisan untuk menganalisis pengetahuan
mereka tentang keadaan beras yang baik. Sekiranya mereka tahu dengan baik, maka
saya akan pergi ke langkah seterusnya iaitu membasuh dan menyukat beras serta
air untuk memasak beras seperti biasa.
Namun periuk yang digunakan adalah periuk nasi
untuk dimasak di dapur gas yang berbeza
dengan periuk nasi elektrik.
Seterusnya, untuk memastikan
nasi tidak hangit, apabila nasi telah menggelegak pastikan api dapur di
kecilkan. Untuk seterusnya, biarkan nasi dimasak selama 10 minit dan pastikan
sentiasa di perhatikan. Apabila nasi telah hampir kering, pastikan nasi telah
masak dengan memastikan nasi tidak keras apabila dimakan.
HAAAAAAA>>>>>>>>>
AMACAM.....soalan tentang membuat nasi...tetapi buat kurikulum dan dokumentasi untuk dua jurang umur berbeza itu yang menjadi kesukaran . belum lagi part learning objective guys...inilah kurikulum...supaya kita ada tujuan dan satu penerangan yang jelas agar mudah untuk mengajar dan pelajar belajar...
Selamat mencuba...