Pembelajaran minggu ini lebih kepada perbincangan kumpulan untuk tugasan kami seterusnya.
Setelah membandingkan kurikulum, kami di minta untuk menghasilkan satu pelan pengajaran mengikut teori teori yang telah dipelajari seperti Gagne dan sebagainya.
mempelajari sesuatu dengan mengamalkan adalah cara yang terbaik.
Ada beberapa jenis pelan pengajaran seperti di bawah


untuk pelan pengajaran yang lebih lanjut boleh lah mengakses laman ini:
PELAN PENGAJARAN
Untuk video yang jelas tentang pelan pengajaran:
VIDEO PELAN PENGAJARAN
Sangat penting untuk memulakan kelas dengan sesuatu soalan yang meningkatkan daya ingin tahu pelajar. Dengan permulaan yang baik sebelum pengajaran akan memancing pelajar untuk belajar konsep seterusnya. Selain itu adalah lebih berkesan sekiranya pelan pengajaran mempunyai aktiviti untuk pelajar agar menjadi proaktif dalam kelas. Maka, pengajaran dan pembelajaran yang aktif akan lebih membantu untuk meningkatkan daya pengekalan ilmu kepada pelajar.
Sekian perkongsian hari ini.
Terima KAsih